Pages

Saturday, February 11, 2012

Arch Rival Man Utd v Liverpool | by Mr No.

kaki bola semua! pasti korang semua sudah tahu, malam ini perlawanan terhebat di se-antero donia *some said antara Manchester United v Liverpool. jadi Ultras semua? mana port anda malam ini? mamak? bistro? atau depan tv rumah sahaja?


dua kelab ini memang tak disangkal, mempunyai fans yang paling ramai di Malaysia jika dibandingkan dengan kelab lain. tapi bagi aku rata-rata pasti penyokong Glory Glory Man United #GGMU . -___- baik! match kali ini pasti mencuri tumpuan, sebab? pasti korang ingat insiden perkauman antara Suarez dan Evra, dan akhirnya Suarez didapati bersalah dan 8 match banned. *skill power kalau mulut tak jaga susah juga.

raining pesal?? gelimat! 

Pemain Manchester United yang perlu diberi perhatian : Javier Hernandez 
Chicharito memulakan musim pertamanya dengan Manchester United dengan penuh kejayaan, namun tidak pada musim ini, dia dilihat bergelut dengan masalah fitness. Namun Sir Alex Ferguson percaya, dengan jaringan gol penyamaan perlawanan antara Chelsea tempoh hari, Chicharito akan bangkit. Tempat dalam kesebelasan utama hari ini? hampir pasti.

Pemain Liverpool yang perlu diberi perhatian : Luis Suarez
2 bulan match banned, pasti dia akan 'mengaum' di Old Trafford malam ini. dia sudah bersedia dengan ejekan penyokong Man Utd akibat insiden perkauman. jaringan gol akan menutup segalanya.

Statistik :
Steven Gerrard (Liverpool) sudah menjaringkan 4 gol dalam 5 pertemuan dengan Man Utd.

Teka Mr No :
Liverpool mempunyai rekod kemenangan lebih baik antara dua kelab ini sejak King Kenny menjadi pengurus. ditambah tekanan yang dihadapi Sir Alex yang tidak percaya Man Utd terkeluar dari saingan FA cup. namun di Theater of Dream, segalanya mungkin terjadi. Bagi Mr No, Liv 2-1 Man Utd. 

amekaw!

YNWA. 


post signature

No comments :

Post a Comment

Ada idea lagi bagus? Sila curah.